comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja penghantar barang tunjuk ‘anu’ dekat budak, ditahan

PUTRAJAYA: Seorang pekerja penghantar barang ditangkap selepas berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang kanak-kanak perempuan, Isnin lalu, ditahan polis di pusat pentadbiran kerajaan di sini.

Suspek, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 6 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya, Selasa lalu.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu di hadapan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah lif kuarters kerajaan di Presint 5 di sini.

Menurutnya, laporan polis dibuat oleh ibu mangsa selepas kanak-kanak itu mendakwa seorang lelaki memakai topi keledar, mengganggu dan menunjukkan kemaluan ketika dia berada di dalam lif.

Katanya, selepas kejadian, kanak-kanak terbabit terus pulang ke rumah.

“Siasatan mendapati, kejadian sama turut dikesan di kawasan perumahan yang sama sebelum ini dengan empat laporan polis dibuat membabitkan lima mangsa,” katanya.

A Asmadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15A(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurutnya, pihaknya turut merampas topi keledar baju, jeans, beg silang dan selipar daripada suspek.

“Suspek turut mengaku terbabit dalam tiga kes sama yang disiasat sebelum ini dan dia ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Keputusan ujian saringan air kencing suspek juga adalah negatif daripada penyalahgunaan dadah,” katanya.

Loading...
Terkini