comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis berkas lelaki rosakkan 5 patung batu pameran 

KLUANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki melakukan perbuatan kianat dengan merosakkan patung batu yang dipamerkan di hadapan sebuah rumah ibadat bukan islam di Taman Rekamas, Simpang Renggam, tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berumur dalam lingkungan 30an itu ditahan di Kampung Kurnia, Simpang Renggam kira-kira jam 1.20 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota polis bahagian siasatan jenayah, pada 14 Mac 2024.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek telah merosakkan lima buah patung di bahagian luar tokong persatuan Che Lu Kor, Simpang Renggam dan kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi pada 13 Mac dan perbuatan itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV).

“’Hasil semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing suspek juga adalah negatif’” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah seksyen 295 kanun keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda.

Suspek telah direman selama empat hari bermula 14 Mac bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Kluang di talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini