comscore
Tumpuan :
Nasional

Hari Kebangsaan 2023: Kontinjen PTG Johor juara perbarisan dan perarakan peringkat negeri

KLUANG : Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum atas semangat perpaduan hadir memeriahkan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri Johor, yang berlangsung di Simpang Renggam, hari ini.

Sambutan diserikan dengan penyertaan 118 kontinjen melibatkan lebih 5,000 orang.

Artikel berkaitan: Hari Kebangsaan 2023: Kanak-kanak leukemia mahu tengok kereta kebal

Orang ramai mula membanjiri lokasi seawal jam 6.30 pagi.

Perarakan didahului  pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diikuti pelbagai agensi kerajaan,  badan beruniform, sekolah dan institusi pendidikan tinggi.

Kontijen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor dinobatkan sebagai juara keseluruhan perbarisan dan perarakan.

Sambutan turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan EXCO negeri.

Loading...
Terkini