comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis cari penunggang tunjuk kemaluan 

Foto tular

KLUANG: Seorang penunggang motosikal didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh apabila menayangkan kemaluannya di Simpang Renggam di sini, baru baru ini.

Satu rakaman video perlakuan jijik lelaki itu tular di laman media sosial dan mendapat kecaman netizen.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi 42 saat itu kira-kira pukul 1.15 tengah hari kelmarin menerusi laman Facebook.

“Lelaki berkenaan melakuan perbuatan tidak senonoh itu sambil duduk di atas motosikal ditunggangnya.

“Kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar pekan Simpang Renggam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan diharap tampil untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Loading...
Terkini