comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis buru suspek samun guna parang 

FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian samun bersenjatakan parang hingga menyebabkan seorang wanita cedera di Jalan Palas 1, Kampung Baru Pandan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.52 malam tadi.

“Dalam kejadian, mangsa yang berusia 40-an kerugian wang tunai dan telefon bimbit dengan anggaran nilai beberapa ratus ringgit.

“Mangsa juga cedera ringan iaitu terdapat sedikit luka pada sikunya akibat terjatuh dalam kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Raub, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.40 petang semalam yang mana suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20 tahun.

“Suspek berbadan kurus dan tinggi kira-kira 165 sentimeter (cm). Ketika kejadian suspek berpakaian t-shirt lengan pendek berwarna hitam dan seluar panjang gelap.

“Suspek yang berambut pendek hitam, tidak bermisai atau janggut dan berkulit agak cerah, ketika kejadian menaiki basikal,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh terus menghubungi talian hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fadzil Tuan Wil di talian 011-40678218,” katanya.

Loading...
Terkini