comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis kesan pemandu pecah cermin kenderaan di lebuh raya

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada jam 2.36 petang, semalam.

Ia susulan video tular berdurasi 54 saat itu dikongsikan pemilik akaun di facebook.

.Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang menghalang kenderaan suspek semasa melalui lorong kecemasan menyebabkan suspek dipercayai warga asing, tidak puas hati lalu keluar daripada kenderaan dan memecahkan cermin belakang kenderaan mangsa.

Kes dikasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun atau tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Siasatan juga dijalankan secara selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini