comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja 17 tahun bunuh rakan akan didakwa Jumaat ini

BAGAN DATUK: Remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan kerana disyaki membunuh rakannya akibat cemburu teman wanitanya diganggu, akan dituduh di Mahkamah Majistret Teluk Intan, Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata siasatan ke atas suspek bawah umur itu berjaya diselesaikan dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada pihak timbalan pendakwa raya.

Artikel berkaitan: Cemburu teman wanita diganggu, remaja bunuh dan buang mayat rakan dalam parit 

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Suspek dilaporkan ditahan polis pada Sabtu lalu susulan penemuan mayat lelaki yang sudah reput dalam parit dekat Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup di sini, pada 23 Ogos lalu.

Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh mendapati punca kematian mangsa disebabkan kesan kelar pada leher dan luka di kepala.

Loading...
Terkini