comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Bekas pemain bola sepak ceroboh bilik hotel didakwa esok

Foto hiasan

PETALING JAYA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan yang didapati menceroboh bilik di sebuah hotel, di sini, pada 21 Jun lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

“Kes membabitkan bekas pemain bola sepak kebangsaan akan tuduh di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan pada 10 Julai ini (esok) jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki yang juga mantan kapten skuad kebangsaan sekitar tahun 2000 ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kesalahan menceroboh bilik di sebuah hotel, di sini, pada bulan lalu.

Menurut sumber, laporan polis itu dibuat oleh seorang lelaki selepas mendapati bekas pemain bola sepak terbabit menceroboh bilik hotel sebelum bertindak agresif hingga menyebabkan berlaku sedikit kekecohan.

Katanya, ketika kejadian, terdapat seorang wanita berada di dalam bilik terbabit yang juga isteri kepada pengadu itu.

Menurutnya, suspek yang pernah beraksi bersama sebuah pasukan di utara tanah air itu dikatakan bertindak agresif hingga menimbulkan ketakutan terhadap wanita itu.

Loading...
Terkini