comscore
Tumpuan :
Jenayah

Reman peniaga wanita kes tikam mati warga emas disambung

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu melanjutkan reman seorang peniaga wanita selama tujuh hari lagi bermula esok sehingga 15 November depan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang 1 November lalu.

Perintah reman terhadap suspek wanita berusia 35 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Manakala suami suspek berusia 37 tahun dibebaskan dengan jaminan polis.

Terdahulu, pasangan suami isteri yang berpakaian lokap tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kira-kira jam 9.30 pagi.

Sebelum ini media melaporkan seorang peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Mangsa dipercayai ditikam dengan menggunakan pisau pemotong daging.

Mayat berusia 65 tahun ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada 4.35 pagi.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini