comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Lelaki didakwa bunuh warga emas

 

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

SELAYANG: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, dua minggu lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berusia 22 tahun.

Tertuduh, yang berbaju hitam berseluar pendek hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Amirul Arshad Zainudin dituduh membunuh Hong Kee Ing antara 8.30 malam pada 22 November sehingga 23 November 9.50 malam.

Kesalahan itu dilakukan di petak parkir kereta Jalan E4/1, Taman Ehsan, Gombak.

Pertuduhan terhadap  Mohamad Amirul Arshad yang tidak diwakili peguam itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik, kimia dan bedah siasat mangsa.

Dalam kejadian 23 November lalu, orang awam menemukan mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang berpakaian lengkap di dalam sebuah kereta di Taman Ehsan, Kepong.

Mangsa ditemui dengan kesan kelar pada leher dan tikaman pada badan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini