comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rokok dan arak bernilai hampir RM104,000 dirampas

Oleh Zahir Senapiah

MUAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri, menyerbu sebuah rumah di Sri Menanti, Parit Jawa dan berjaya merampas 1,631 karton rokok putih dan 72 botol arak yang dipercayai diseludup dianggarkan bernilai hampir RM104,000.

Ketua Polis daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, turut diberkas seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun, disyaki dalang kegiatan haram itu.

Katanya, serbuan dilakukan jam 12.10 tengah malam, pada 19 Mei hasil maklumat risikan dan awam.

Ia dibantu pasukan task force Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.

Ujarnya, suspek yang ditahan mempunyai lima rekod lampau dengan beberapa kesalahan sebelum ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d), Akta Kastam 1967.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksima 500 ribu ringgit atau penjarakan maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Loading...
Terkini