comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Rugi RM1 juta kedai emas dipecah masuk

TAMBUN: Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM1 juta selepas kedai emasnya di Taman Perdagangan Tanjung, Tanjung Rambutan di sini di pecah masuk antara malam tadi dan awal pagi ini.

Kejadian itu disedari pemilik premis berusia 40-an itu selepas dimaklumkan oleh tiga pekerjanya sebaik mahu membuka premis itu pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

Peniaga rugi RM1 juta, kedai emas dipecah masuk.

Dua pekerja kedai itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fika, 22, dan Nina, 26, berkata mereka terhidu bau tengik dan seakan besi dibakar sejurus membuka pintu utama premis.

“Pada jam 10 pagi ketika kami mengangkat ‘shutter’ (pintu), kami dapati penggera tidak berbunyi seperti kebiasaan sebelum melihat ianya tercabut jatuh yang pada mulanya kami sangka ianya rosak. Begitu juga terdapat satu pintu lain di bahagian depan premis terkunci dari dalam walaupun biasanya ia boleh dibuka menggunakan kunci dari luar.”

Tambah mereka, banyak barangan kemas yang diletakkan di ruang pameran serta peti besi hilang.

Pintu belakang kedai yang diperbuat daripada besi turut diumpil.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati rata-rata premis berdekatan tempat kejadian dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di bahagian belakang premis namun CCTV di premis kedai emas itu didapati telah dirosakkan.

Ia juga merupkan kejadian pecah masuk pertama berlaku di premis itu sepanjang empat tahun ia beroperasi.

Kedai emas itu yang dibuka sejak 2019 mempunyai seramai empat pekerja dan beroperasi setiap hari antara jam 10 pagi hingga 6 petang.

Seorang peniaga berdekatan premis itu ketika ditemui berkata selain kedai emas berkenaan, terdapat beberapa lagi premis yang sederet dengan kedai emas itu turut pernah dipecah masuk.

Loading...
Terkini