comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Seorang pegawai kanan polis dan 7 anggota ditahan bantu siasatan kes pemerasan RM35,000

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Seorang pegawai kanan polis berpangkat inspektor dan tujuh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Seri Alam ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan wang berjumlah RM35,000.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, semua suspek telah direman empat hari bermula semalam hingga 9 Februari ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, semua suspek berumur 20 hingga 50 tahun direman dibawah seksyen 117 kanun acara jenayah dan kes di siasat mengikut Seksyen 384 kanun keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 10 tahun atau denda dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Kes masih di peringkat siasatan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh menganggu proses siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini