comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suami dera isteri hingga mati ditahan polis

KAJANG: Lelaki yang dipercayai mendera isterinya sehingga mati di Sungai Long, di sini, ditahan polis di Johor petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan jam 7 malam ini.

Artikel berkaitan: ‘Datuk’ dipercayai suspek utama kes pembunuhan isteri dikehendaki polis

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita, Azween Noor Alias, 39, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dekat Kajang, dipercayai akibat didera suaminya pada 23 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam.

Menurutnya, wanita berusia 39 tahun terbabit dihantar ke pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri

“Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan ke Hospital Serdang untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Loading...
Terkini