comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Suami isteri ditahan reman 3 hari bantu siasatan salah guna kuasa

 

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam yang bertugas di majlis daerah di negeri Terengganu bersama isterinya di tahan reman tiga hari bermula hari ini sehingga rabu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana disyaki salah guna kuasa.

Suspek dipercayai menyalahgunakan jawatannya dengan mengesyorkan syarikat milik ibu bapanya yang diuruskan oleh isterinya itu bagi mendapatkan perolehan kerja di sebuah jabatan kerajaan di Terengganu.

Kes salah guna kuasa itu dipercayai telah berlaku sejak 2019 dan melibatkan perolehan kerja yang mencecah kira-kira ratusan ribu ringgit.

Permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Semalam, SPRM berjaya merampas beberapa kenderaan mewah milik pasangan terbabit yang dipercayai berkaitan dengan kes yang disiasat.

Suspek pertama yang juga pegawai awam negeri berusia lewat 39 tahun ditahan kira-kira jam 6 petang manakala sebelum itu, isterinya yang berusia 45 tahun ditahan kira-kira jam 3.30 petang di Pejabat SPRM Negeri Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Siasatan menyeluruh akan dijalankan dengan kemungkinan suspek juga terlibat dengan kerja-kerja perolehan yang lain.

Loading...
Terkini