comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Pekerja gudang didakwa bunuh pemandu teksi diarah jalani rawatan psikiatri

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu mengarahkan seorang pekerja gudang yang berdepan pertuduhan membunuh seorang pemandu teksi menjalani rawatan psikiatri, di sini, hari ini.

Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri mengarahkan tertuduh, Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29 tahun, menjalani rawatan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru, sebelum sebutan semula kes pada 19 Oktober depan.

Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh seorang pemandu teksi dalam kejadian di daerah Kuala Nerus pada 10 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa membunuh Mohd Latif Idris, 51 tahun, antara jam 10.09 hingga 10.56 malam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam sebuah teksi di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Jalan Pantai Teluk Ketapang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dalam teksi yang dipandunya dipercayai ditikam penumpang.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut.

Siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini