comscore
Tumpuan :
Jenayah

Terima rasuah sehingga RM8,000, 2 pegawai penguatkuasa ditahan

Foto hiasan

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua pegawai penguatkuasa kerana disyaki meminta rasuah daripada seorang individu sebanyak kira-kira RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki berusia antara 30-an hingga 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 7 malam tadi di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek yang bertugas di sebuah daerah di negeri Sabah dipercayai meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM8,000 pada 4 Oktober lalu yang mana RM2,000 telah diberikan pada 17 Oktober 2023 kepada salah seorang suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan kedua-dua mereka direkodkan.

Loading...
Terkini