comscore
Tumpuan :
Jenayah

Terima rasuah tukar ejen pengambilan pekerja asing dalam sistem

Suspek wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 5 petang semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Seorang eksekutif khidmat pelanggan direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM45,000 sebagai balasan membuat pertukaran ejen pengambilan pekerja asing warga Bangladesh melalui sistem komputer.

Perintah reman sehingga 16 November ini dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Sumber berkata, suspek wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu dipercayai ditahan kira-kira jam 5 petang semalam di ibu pejabat SPRM Putrajaya selepas diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat yang membekalkan sistem pengurusan pekerja asing dipercayai melakukan perbuatan tersebut sejak Jun hingga Oktober lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini