comscore
Tumpuan :
Jenayah

Tukang jahit dan suami direman 7 hari bantu siasatan bunuh rakan

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

MARANG: Seorang peniaga dan suaminya yang bekerja sebagai mekanik, direman 7 hari bermula hari ini sehingga 8 November di Mahkamah Majistret Marang, bagi membantu sisatan kes bunuh seorang warga emas, Norjihan S.A Karim, 65 tahun, di Batu 23 Jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu, awal pagi semalam.

Kedua-dua suspek berusia 35 dan 37 tahun, di bawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli, membenarkan perintah reman ke atas suspek bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 4.35 pagi semalam, Norjihan dilanggar sebelum ditikam sebanyak 15 kali oleh suspek yang juga rakan kongsi perniagaan baju dan tudung yang beroperasi di Kuala Berang.

Mayat mangsa itu ditemukan di dalam longkang oleh seorang pengawal keselamatan.

Sebelum kejadian, mangsa dan suspek bertemu dan berbincang mengenai hal keuntungan perniagaan baju yang diusahakan mereka di suatu tempat.

Akibat tidak berpuas hati dengan hasil perniagaan dan agihan keuntungan yang diperolehi, mangsa dan suspek bertengkar.

Pertengkaran diantara kedua-dua suspek berlarutan sehingga ke dalam kereta.

Ketika tiba di lokasi, mangsa turun dari kereta dan suspek bertindak melanggar mangsa sebelum mangsa tercampak ke dalam longkang dan kereta yang dipandu suspek terbabas di tepi jalan berhadapan dengan bangunan Pejabat Agama Kuala Berang yang bertentangan dengan pejabat Telekom Malaysia Hulu Terengganu.

Suspek kemudiannya keluar dari kereta dengan memegang sebilah pisau bertindak menikam mangsa sebanyak 15 kali sehingga mati.

Suspek berjaya ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 11 pagi tadi dan senjata yang diguna suspek turut ditemui.

Manakala suami suspek ditahan beberapa jam selepas itu.

Dalam perkembangan lain, jenazah Norjihan S.A Karim, selamat dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh di Kemaman, jam 12.15 tengah malam tadi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini