comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Video tular tembak di Bandar Sunway sedang disiasat polis

SUBANG JAYA: Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran video tular kejadian kes mati ditembak di kawasan Bandar Sunway.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya terkesan beberapa video dan gambar ditularkan di laman media sosial berkenaan kejadian kes tembak di kawasan Bandar Sunway.

ANGGOTA polis dari unit Forensik melakukan siasatan lokasi kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki di sebuah kedai aksesori gajet, Bandar Sunway. FOTO: NSTP

Menurutnya, satu laporan polis dibuat berkaitan video yang tular itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel berkaitan : Lelaki mati ditembak dalam kedai

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video kejadian mati ditembak yang tular di media sosial.

“Sekiranya didapati terdapat sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang, pihak polis akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah ini supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau Pegawai penyiasat Inspektor Mohammad Faiz NaufalZakaria (019-4858907).

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

Loading...
Terkini