comscore
Tumpuan :
Jenayah

2 remaja dicabul warga Yaman

Foto hiasan

Kuala Lumpur: Lelaki warga Yaman ditahan selepas mencabul dua remaja perempuan di sebuah kedai pusat beli-belah di Bandar Sunway, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari.

Menurutnya, dua remaja perempuan terbabit adalah warga tempatan dan pelajar di sebuah universiti.

“Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa dicabul ketika berada di dalam sebuah kedai kompleks membeli-belah berkenaan.

“Suspek warga Yaman yang berusia 20 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat aduan kepada polis bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas suspek juga mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

“Siasatan mendapati suspek tidak bekerja. Suspek kini direman selama 14 hari hingga 20 Julai (Khamis) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Loading...
Terkini