comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita cedera ditembak bekas rakan sekerja

Foto hiasan

KUCHING: Polis menahan lelaki warga emas kerana melepaskan tembakan yang mencederakan seorang wanita di Serian, hari ini.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu di Batu 37, Jalan Kuching-Serian itu pada jam 8.10 pagi.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, wanita berusia 39 tahun yang bekerja di sebuah syarikat konkrit mengalami kecederaan di tangan dan bahu kanan.

 

“Suspek ditahan orang awam sejurus kejadian itu dan kemudian diserahkan kepada polis dan kini masih ditahan di lokap Balai Polis Serian sementara mendapatkan perintah tahanan reman.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswandy berkata, polis turut merampas selaras senapang patah yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Difahamkan suspek adalah bekas rakan sekerja mangsa di syarikat itu dan polis masih meneliti motif dia melepaskan tembakan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Loading...
Terkini