comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita rugi RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook

IPOH: Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mangsa pada mulanya terlihat sebuah iklan menjual kereta terpakai di Facebook dan menghubungi pemilik akaun tersebut.

“Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui whatsapp dengan memperkenalkan diri sebagai penjual kereta dan menghantar gambar kad pengenalan untuk menyakinkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

berkata mangsa kemudian diminta membuat bayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun bank yang diberikan suspek.

Pada masa sama, mangsa turut dimaklumkan tidak boleh membatalkan pembelian atas alasan insurans telah didaftarkan atas nama mangsa dan jika terjadi apa-apa mangsa akan dipertanggungjawabkan.

Mangsa kemudian membuat bayaran keseluruhan 25 kali melibatkan enam akaun bank dengan jumlah keseluruhan RM132,860.00 sebelum tersedar ditipu apabila diberitahu rakannya ketika mahu meminjam wang daripadanya.

Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA.

Loading...
Terkini