comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari di depan sekolah

Foto tular

IPOH: Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan, dan kini sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.

“Kita sudah dapat laporan daripada beberapa saksi.

“Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut,” katanya

Mohd Yusri berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan.

Beliau berkata mayat pelajar itu sudah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk proses bedah siasat.

Terdahulu tular hantaran oleh orang awam di Facebook mengenai kejadian berhampiran SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang didakwa dilanggar oleh sebuah kereta.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini