comscore
Tumpuan :
Jenayah

Wanita warga emas patah tangan akibat diragut 

Foto hiasan

AMPANG: Seorang wanita warga emas mengalami patah tangan selepas terjatuh akibat diragut seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Taman Muda, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ketika kejadian mangsa berusia 72 tahun sedang berjalan kaki ke kedai untuk membeli barang.

“Kira-kira jam 5 petang datang seorang lelaki tempatan menaiki motosikal yang mana jenis dan nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan lalu meragut rantai emas milik mangsa.

“Akibat dari kejadian ragut itu, mangsa yang tidak bekerja mengalami cedera di leher belakang dan patah tangan kanan kerana terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan.

Katanya, pihak polis sedang mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini