comscore
Tumpuan :
Kemalangan

3 beradik maut pulang dari pusat tahfiz

Tiga beradik maut apabila sebuah perodua kancil terbabas dalam kemalangan di KM165.8 Lebuhraya Pantai Timur arah Selatan, di Maran. FOTO IHSAN BOMBA

KUANTAN: Tiga beradik maut selepas Perodua Kancil yang mereka naiki terbabas di Kilometer 165.9 Lebuh Raya Pantai Timur Satu (LPT1).

Mangsa yang terbunuh adalah pemandu, Siti Fatimah Yusry 20, Ahmad Basyir, 27 dan Saiedah, 15.

Kemalangan jam 7 pagi tadi berlaku ketika Siti Fatimah, Ahmad Basyir serta dua adik mereka, Saiedah dan Adawiyah, 11, dalam perjalanan pulang ke Johor selepas mengambil Saiedah yang belajar di pusat tahfiz di Pahang.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, nahas  dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Siti Fatimah dari arah Kuantan hilang kawalan, sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.
“Akibat pelanggaran, tiga mangsa iaitu pemandu (Siti Fatimah) dan dua penumpang (Ahmad Basyir dan Saiedah) meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa (Adawiyah) parah.
“Dia mengalami kecederaan di kepala dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
“Mayat semua mangsa yang dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba,” katanya .
Norzamri berkata, mangsa yang terbunuh beralamat di Kampung Melayu, Kulai, Johor dihantar ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat.
Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Loading...
Terkini