comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Kanak-kanak OKU maut kemalangan

Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut manakala ibu dan abangnya cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Selar Taman Ilham, di sini semalam. Foto tular

KLUANG: Kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Selar Taman Ilham di sini petang semalam menyebabkan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) meninggal dunia manakala ibu dan abangnya cedera.

Nor Rahil Raihan Mohd Shahrul, 5, yang juga penumpang belakang Naza Ria menghembuskan nafas terakhir  kira-kira 10 malam tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kemalangan itu, Naza Ria dipandu ibu mangsa dari arah Kampung Paya ke arah Taman Ilham di sini, disyaki hilang kawalan.

“Naza Ria itu melanggar bahagian tepi Proton Wira yang sedang diparkir di lokasi kejadian.“Pemandu Naza Ria, Aishah Mohd Saleh, 34, dan anak lelaki, Nor Izzul Islam Mohd Shahrul, 8, yang juga penumpang hadapan kenderaan itu, cedera.

“Nor Rahil Raihan pula mengalami pendarahan kronik dan kecederaan abdomen dalaman sebelum disahkan maut“

Pemandu Proton Wira berusia 22 tahun, bagaimanapun selamat,” katanya kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini, kisah kanak kanak OKU berkenaan yang menghidap hydrocephalus (lebihan cecair dalam otak), buah pinggang rosak serta pendarahan dalam perut mendapat liputan luas media.

Penyakit yang dideritai mangsa sejak lahir itu menyebabkannya dia memiliki kepala yang besar.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini