comscore
Tumpuan :
Nasional

Budak OKU maut disyaki digilis jentera pembajak

 

JITRA: Seorang kanak-kanak lelaki, orang kurang upaya (OKU) 11 tahun, ditemukan maut dipercayai digilis jentera pembajak di Kampung Sungai Korok, di sini hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin sebaik menerima laporan kejadian jam 7.08 malam, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Syahruddin Awang bersama lapan anggota dan sebuah jentera tiba dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki, Muhammad Aiman Rosli berusia 11 tahun yang mengalami kecederaan akibat digilis pembajak.

“Tindakan yang dilakukan pihak Bomba adalah dengan membuat pemantauan keselamatan di lokasi kejadian,” katanya.

Bustan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan(KKM).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini