comscore
Tumpuan :
Luar Negara

6 maut dalam serangan ke atas bangunan kerajaan di Somalia

Foto Reuters

LUAR NEGARA

TITLE : 6 maut dalam serangan ke atas bangunan kerajaan di Somalia

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan kumpulan bersenjata di Somalia.

Serangan dilancarkan ke atas bangunan milik kerajaan termasuk kediaman datuk bandar Mogadishu yang dikawal rapi pasukan keselamatan.

Penyerang dikatakan dapat membolosi kawalan keselamatan dan meletupkan bom sebelum menyerbu masuk .

Insiden disusuli dengan tembakan senjata api bertali arus dengan pasukan keselamatan.

Pengarah perkhidmatan kecemasan mendedahkan lapan kematian dalam serangan itu, namun angka rasmi yang dikeluarkan kerajaan adalah lebih rendah.

Kumpulan terbabit dilihat meningkatkan serangannya sebagai tanda pemberontakan sejak kerajaan pimpinan Presiden Hassan Sheikh Mohamud giat melancarkan operasi menentang rangkaian kumpulan Daesh pada Ogos lalu. –  REUTERS

Loading...
Terkini