comscore
Tumpuan :
Luar Negara

AS Nasihat Rakyatnya Tangguh Perjalanan Ke Korea Selatan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menasihatkan rakyatnya menangguhkan perjalanan ke Korea Selatan berikutan laporan jangkitan COVID-19 semakin membimbangkan, lapor agensi berita Yonhap. 

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memaklumkan bahawa Korea Selatan dikategorikan Tahap 4 iaitu berisiko “sangat tinggi”, termasuk lima negara dan wilayah lain – Azerbaijan, Belarus, Comoros, Polinesia Perancis, serta Saint Pierre dan Miquelon. 

“Jika anda perlu ke Korea Selatan, pastikan anda lengkap menerima vaksin dan dikemas kini vaksin COVID-19 anda sebelum melakukan perjalanan.

“Walaupun telah lengkap divaksin, anda masih berisiko mendapat dan menyebarkan virus berkenaan,” menurut CDC menerusi laman sesawangnya.  

Kini, hampir 140 negara di seluruh dunia dikategorikan Tahap 4 oleh CDC.

Jabatan Negara AS turut meningkatkan tahap amaran perjalanan ke Korea Selatan kepada “Tahap 4: Jangan Melancong.” 

Pada Isnin, Korea Selatan melaporkan 54,619 jangkitan baharu berikutan penularan pantas varian omicron di seluruh negara. – BERNAMA 

Loading...
Terkini