comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bayi 11 bulan, kanak-kanak 3 tahun maut dengan kesan tikaman

FOTO: AP

NEW YORK: Bayi berusia 11 bulan dan kanak-kanak lelaki tiga tahun maut akibat kecederaan parah selepas ditikam di sebuah pangsapuri di kawasan kejiranan di Bronx.

Ibu mangsa yang berusia 24 tahun ditahan polis kira-kira sejam sebelum penemuan anaknya, selepas dilaporkan berkelakuan aneh.

Polis menerima panggilan kecemasan dari lokasi sama tidak lama selepas itu memaklumkan penemuan kedua-dua mangsa.

Polis kemudian kembali ke pangsapuri terbabit bersama pasukan kecemasan dan menemui mangsa dengan kesan tikaman di badan dan leher.

Kedua-duanya digegaskan ke Hospital Columbia Presbyterian namun disahkan maut ketika menerima rawatan.

Ibu mangsa kini ditahan di hospital di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Bapa mangsa yang dikatakan terbabit dalam pertengkaran dengan ibu mangsa sebelum itu bagaimanapun tidak ditahan polis. – AP

Loading...
Terkini