comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bilangan wilayah Indonesia meningkat kepada 37, tambahan 3 wilayah autonomi baharu

SUMBER : AFP

JAKARTA, Indonesia: Bilangan wilayah Indonesia meningkat daripada 34 kepada 37 apabila tiga wilayah autonomi baharu dirasmikan semalam.

Menteri Dalam Negeri, Muhammad Tito Karnavian, berkata perundangan untuk menubuhkan tiga wilayah baharu itu disahkan oleh Parlimen Indonesia pada akhir Jun lalu.

“Hari ini, saya sebagai Menteri Dalam Negeri mewakili Presiden Republik Indonesia merasmikan wilayah Papua Selatan, Papua Tengah, dan Tanah Tinggi Papua,” katanya pada majlis perasmian di Jakarta.

Ketiga-tiga wilayah itu sebelum ini adalah sebahagian daripada wilayah Papua dan kini secara keseluruhan menjadi lima bersama Papua Barat yang merangkumi separuh pulau New Guinea yang dimiliki Indonesia.

Pada perasmian itu, Karnavian melantik tiga pegawai sementara untuk mentadbir wilayah sehingga pilihan raya diadakan pada 2024. – SUMBER: XINHUA

Loading...
Terkini