comscore
Tumpuan :
Luar Negara

China lancar kapal angkasa kargo Tianzhou-6

FOTO: Reuters

BEIJING: China berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Tianzhou-6 menggunakan roket pembawa Long March-7 Y7 dari Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di provinsi Hainan tepat jam 9.22 malam, pada Rabu.

Selepas memasuki orbit yang ditetapkan, Tianzhou-6 bercantum dengan pangkal belakang modul teras Tianhe di stesen angkasa pada jam 5.16 pagi tadi.

Ia merupakan misi penerbangan yang pertama selepas projek penerokaan angkasa lepas bermanusia China memasuki fasa pengaplikasian dan pembangunan.

Tianzhou-6 sarat dengan muatan seperti pakaian, makanan dan minuman, antaranya buah segar seberat kira-kira 70 kilogram yang dibekalkan kepada semua kru Shenzhou-15 dan Shenzhou-16.

Menurut rancangan, kru angkasawan Shenzhou-15 akan membuka pintu kabin Tianzhou-6 pada jam 8 pagi Jumaat untuk mengambil barang-barang berkenaan.

Dalam perkembangan lain, kapal angkasa Shenzhou-16 dijadual dilancarkan pada bulan ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini