comscore
Tumpuan :
Luar Negara

China longgar sekatan COVID-19

FOTO: REUTERS

BEIJING: China mengumumkan pelonggaran sekatan COVID-19 di seluruh negara itu susulan protes terhadap strategi menangani penularan pandemik yang disifatkan terlalu keras dan kini melarat menjadi desakan menuntut kebebasan politik.

Kemarahan terhadap dasar ‘sifar COVID-19’ di China yang membabitkan sekatan pergerakan besar-besaran, ujian saringan COVID-19 berterusan dan kuarantin termasuk dalam kalangan penduduk yang tidak dijangkiti mencetus kekacauan yang tidak pernah berlaku sejak protes prodemokrasi pada 1989.

Di bawah garis panduan baharu yang diumumkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), kekerapan dan skop ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) yang menjadi langkah utama dilaksanakan di China menerusi dasar sifar COVID-19 akan dikurangkan.

Pelaksanaan sekatan pergerakan juga akan dikurangkan dan individu dijangkiti COVID-19 dengan tidak mengalami gejala yang teruk boleh menjalani kuarantin di rumah, tanpa perlu ditempatkan di kemudahan disediakan kerajaan.

Selain itu, orang ramai juga tidak perlu menunjukkan kod kesihatan hijau pada telefon bimbit untuk memasuki bangunan dan tempat awam, kecuali bagi pusat jagaan, institusi perubatan, tadika, sekolah menengah dan tinggi.

Peraturan baharu turut membatalkan kuarantin wajib bagi individu positif COVID-19 yang tidak berdepan gejala atau hanya simptom ringan.

Dalam pada itu, NHC memaklumkan akan mempercepatkan pemberian vaksin kepada warga emas, yang telah lama dilihat sebagai penghalang utama kepada pelaksanaan kelonggaran di Beijing.

Loading...
Terkini