comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Elak bayar cukai, Pengerusi Parti Konservatif UK dipecat Perdana Menteri

Nadhim Zahawi. – FOTO: REUTERS

LONDON: Akibat tidak melunaskan bil cukai yang tidak dibayar sewaktu memegang jawatan penting dalam kabinet Britain.

Pengerusi Parti Konservatif negara itu, Nadhim Zahawi dipecat oleh Perdana Menteri, Rishi Sunak.

Pemecatan Zahawi dibuat selepas hasil siasatan oleh penasihat etika perdana menteri mendapati beliau melanggar kod tatakelakuan menteri dan gagal mengemukakan butiran pertikaian cukainya.

Sebelum itu, Zahawi mengakui culas dalam isu terbabit dan bersedia membayar penalti yang dikenakan kepadanya.

Dalam satu kenyataan, Sunak memaklumkan pemecatan Zahawi bererti kerajaan pimpinannya kekal mendokong nilai integriti, profesionalisme dan akauntabiliti seiring janji yang diutarakan.

Isu percukaian Zahawi dibongkar oleh media tempatan yang mendedahkan bil cukainya mencecah hampir £5 juta atau bersamaan RM26.2 juta sepanjang tempoh menerajui Jabatan Perbendaharaan, mulai Julai tahun lalu.

Zahawi kemudian dilantik sebagai Pengerusi Parti Konservatif selepas Sunak dilantik sebagai perdana menteri, Oktober tahun lalu. – REUTERS

Loading...
Terkini