comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Mahkamah Amerika Syarikat ketepi saman Putera Mahkota Arab Saudi berkaitan kes Jamal Khashoggi

FOTO: AP

WASHINGTON: Mahkamah persekutuan Amerika Syarikat mengetepikan saman terhadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman berhubung dakwaan terbabit dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, susulan syor imuniti oleh pentadbiran Joe Biden.

Media Sputnik melaporkan, Hakim Mahkamah Daerah Columbia, John Bates menolak tuntutan terhadap putera mahkota dan dua defendan lain selepas pentadbiran Biden mengesyorkan imuniti.

Khashoggi dibunuh pada Oktober 2018 oleh ejen Arab Saudi di konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Namun Perisik negara Uncle Sam itu percaya putera mahkota yang menjadi perdana menteri pada September, ada kaitan dan didakwa meluluskan operasi untuk membunuh wartawan itu.

Fakta kes menunjukkan hujah kukuh tuntutan terhadap putera mahkota itu mempunyai merit meskipun kes itu tidak dapat diselesaikan oleh mahkamah pada masa ini.

Bagaimanapun memorendum terbaharu dikeluarkan menyatakan, mahkamah telah dimaklum bahawa putera raja itu kebal dan berhak mendapat imuniti sebagai ketua negara selagi kekal memegang jawatan.

Loading...
Terkini