comscore
Tumpuan :
Nasional

Putera Mahkota Mohammed terima menghadap PM Anwar

Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Al-Yamamah. – Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

RIYADH: Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Al-Yamamah di sini, semalam.

Pertemuan rasmi empat mata itu atas jemputan peribadi baginda kepada Anwar, selepas Arab Saudi menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di ibu negara ini, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai delegasi Malaysia bersama Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman. – Foto: Ihsan Media Riyadh

Putera Mahkota Mohammed dan Anwar membincangkan mengenai perang Palestin dan Israel yang berlanjutan sehingga kini setelah tercetus semula pada 7 Oktober lalu dan mengorbankan ribuan nyawa.

Kedua-dua pemimpin   turut membincangkan beberapa isu berkaitan kepentingan bersama termasuk peluang pembangunan kedua-dua negara.

Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

Selain menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, lawatan kerja dua hari Anwar yang juga Menteri Kewangan menyaksikan beliau meneruskan perbincangan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala serta ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi.

Pada 5 Oktober lalu, Anwar menerima panggilan telefon daripada Putera Mahkota Mohammed yang menjemput beliau untuk mengadakan lawatan ke Arab Saudi. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini