comscore
Tumpuan :
Luar Negara

New Zealand perkenal cukai khas tumpu syarikat digital 

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand bakal memperkenal undang-undang yang membolehkan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat multinasional di negara itu.

Menurut Menteri Kewangan, Grant Robertson, cukai berkenaan akan dibayar oleh perniagaan multinasional yang memperoleh pendapatan lebih RM3.7 bilion setahun daripada perkhidmatan digital global dan lebih RM9.3 juta setahun daripada perkhidmatan digital yang disediakan kepada pengguna New Zealand.

Jelas beliau, cukai terbabit hanya akan mula dikenakan selepas tahun 2025 pada kadar 3% dan dijangka akan menjana sehingga RM611 juta dalam tempoh empat tahun.

Pengenalan cukai berkenaan dibuat setelah mengambil kira faktor peraturan cukai global semasa yang longgar sehingga mengakibatkan syarikat besar seperti Google dan Meta yang memiliki platform Facebook tidak membayar cukai sewajarnya.

Selain itu, langkah terbabit turut dijadikan sebagai pelan khusus sekiranya rundingan bagi mengatasi isu cukai syarikat besar di Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, OECD tidak berjaya. — REUTERS

Loading...
Terkini