comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia kejutkan New Zealand

FOTO: MHC / Facebook

IPOH – Skuad wanita negara  berjaya ke pusingan penentuan tempat ketiga atau keempat Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara menentang Australia esok selepas mengalahkan New Zealand   5-4 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, hari ini .

Kemenangan ke atas New Zealand  menyaksikan   kendalian Mohd Badrul Hisham Osman menamatkan saingan liga sepusingan di tempat keempat peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan terakhir itu, Malaysia pasukan yang mendudukki ranking ke-39 dunia dan New Zealand  (21 dunia) menampilkan persembahan menghiburkan  apabila sering berbalas jaringan sehingga kedudukan terikat keempat sama pada satu ketika.

Malaysia lebih dahulu membuka jaringan melalui Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun seawal minit keempat tetapi lawan menyamakan kedudukan menerusi Hannah Cardno pada minit ketujuh

FOTO: MHC / Facebook

Giliran New Zealand di hadapan  menerusi jaringan  Tegan Buchanan dan Jessica Kelly pada minit ke-10 dan 13.

Nur Hafizah Maznan kembali merapatkan kedudukan pada minit ke-16 untuk menamatkan separuh masa pertama dengan ketinggalan 2-3.

Selepas rehat  Iren Hussin menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-21 tetapi Jessica sekali lagi meletakkan New Zealand di hadapan 4-3 pada minit ke-30.

Namun hanya seminit berselang,  Iren menyamakan kembali kedudukan 4-4.

Ketika perlawanan bagaikan berakhir 4-4,  Fazilla Sylvester Silin  meledak gol kemenangan Malaysia empat minit sebelum perlawanan tamat.

Berdepan Australia esok, skuad negara  berpeluang untuk menebus kekalahan 2-3  di tangan pasukan itu  dalam perlawanan ketiga peringkat  kumpulan.

Loading...
Terkini