comscore
Tumpuan :
Sukan

New Zealand ujian pertama Sarjit Singh

Sarjit menemui media selepas mengendalikan sesi latihan pertama skuad hoki kebangsaan semalam. FOTO: Ihsan MHC

KUALA LUMPUR –  Ketua jurulatih baharu skuad hoki negara, Sarjit Singh apabila Speedy Tigers akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan New Zealand pada 1 Mei sekaligus ujian pertamanya dalam rangka persiapan menghadapi  Piala Sultan Azlan Shah.

Sarjit yang mengendalikan sesi latihan pertama skuad negara semalam selepas menggantikan tempat A Arul Selvaraj berkata, perlawanan itu akan berlangsung di Ipoh, Perak dengan New Zealand bakal dibarisi barisan terbaik mereka.

“New Zealand dijangka tiba pada 28 April dan kemudian kami mengatur satu perlawanan dengan mereka pada 1 Mei di Ipoh. Mereka pastinya dibarisi pemain terbaik kerana ia juga adalah sebagai persiapan mereka untuk beraksi di Olimpik.

“Kami juga cuba aturkan perlawanan dengan Pakistan kerana pasukan negara akan bermain dengan mereka dalam satu kumpulan yang sama di Piala Negara-Negara,” katanya

Piala Sultan Shah yang akan berlangsung dari 4 sehingga 11 Mei depan menyaksikan penyertaan enam pasukan iaitu Kanada, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Malaysia selaku juara bertahan.

Skuad negara kemudian akan beraksi di Piala Negara-Negara dekat Poland yang akan bermula 31 Mei sehingga 9 Jun depan.

Sementara itu, pada sesi latihan pertama semalam, seramai 42 daripada 46 pemain melaporkan diri di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Antara yang tidak hadir, Faizal Saari yang beraksi di Bangladesh dan akan kembali menyertai pasukan pada 15 April depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini