comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Perubahan iklim, UK rekod Jun paling panas

Foto: Reuters

LONDON: United Kingdom (UK) mencatatkan bulan Jun paling panas, sejak rekod bermula pada 1884 dengan perubahan iklim menjadi faktor utama, menurut Pejabat Met, perkhidmatan meteorologi kebangsaan negara itu pada Isnin, lapor Xinhua.

Purata suhu purata bagi Jun di UK tahun ini mencecah 15.8 darjah Celsius, 0.9 darjah lebih tinggi daripada rekod sebelumnya bersamaan 14.9 darjah Celsius pada 1940 dan 1976.

Saintis Pejabat Met mendapati peluang untuk melihat Jun mengatasi rekod bersama sebelum ini sekurang-kurangnya meningkat dua kali ganda sejak 1940-an.

“Selain kebolehubahan semula jadi, pemanasan latar belakang atmosfera Bumi akibat perubahan iklim yang disebabkan oleh manusia telah mendorong kemungkinan mencapai rekod suhu tinggi,” kata Ketua Meteorologi Paul Davies.

“Menjelang 2050-an, peluang untuk mengatasi rekod sebelum ini iaitu 14.9 darjah Celsius boleh setinggi 50 peratus, atau setiap tahun lain,” kata Davies sambil menambah bahawa selepas 2050-an, kemungkinan perubahan iklim disumbang oleh pelepasan gas rumah hijau.

Menurut Pejabat Met, England, Scotland, Wales dan Ireland Utara kesemuanya melaporkan “rekod Jun terpanas masing-masing” tahun ini.

Suhu tertinggi yang dicapai bulan lepas ialah 32.2 darjah Celsius, kata saintis iklim di Pejabat Met, Mark McCarthy.

UK juga merekodkan Jun paling cerah sejak 1957 dan keempat paling cerah dalam rekod manakala hujan berkurangan untuk sebahagian besar bulan itu.

Sementara itu, kumpulan alam sekitar memberi amaran rekod cuaca panas pada Jun turut menyebabkan peningkatan kematian ikan. – BERNAMA-XINHUA

Loading...
Terkini