comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Pilihan Raya Presiden Turkiye: Pertembungan satu lawan satu Erdogan-Kilicdaroglu 25 Mei ini

ISTANBUL: Setelah berakhirnya Pilihan Raya Presiden Turkiye ahad lalu yang menyaksikan tiada calon yang memperoleh lebih 50% undi untuk diangkat selaku presiden, proses pemilihan presiden baharu negara itu akan memasuki pusingan kedua yang dijadualkan pada 28 Mei depan dengan menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Presiden Recep Tayyip Erdogan dan ketua pembangkang, Kemal Kilicdaroglu.

Tinjauan pendapat oleh media Turkiye memaklumkan Kilicdaroglu berpeluang menang meskipun pemilihan dijangka mencabar pada pusingan kedua.

Pada pilihan raya Ahad lalu, Erdogan memperoleh 49.5% manakala Kilicdaroglu dengan 45%.

Manakala Parti Perikatan Rakyat yang terdiri daripada Parti AK, rakan nasionalis dan pro-Islam memenangi 322 daripada 600 kerusi yang dipertanding kali ini.

Dalam pada itu, seorang lagi calon presiden, Sinan Ogan sekadar memperoleh 5.2% undi sekali gus dilihat mustahil untuk ke pusingan kedua pemilihan Presiden Turkiye.

Loading...
Terkini