comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Polis Israel bunuh belia Palestin

FOTO: AFP

TEBING BARAT: Seorang belia Palestin maut ditembak tentera Israel di selatan Nablus.

Menurut jurucakap Kerajaan Palestin, insiden berlaku dalam satu pertelingkahan di antara polis Israel dengan mangsa di bandar Huwara.

Mangsa Ammar Muflih dikatakan ditolak hingga jatuh dan ditembak pada jarak dekat.

FOTO: The Palestinian Information Center

Polis Israel juga bertindak tanpa belas kasihan dengan menghalang Pasukan Bulan Sabit Merah daripada merawat mangsa.

Dalam alasannya, polis Israel menuduh yang kononnya mangsa menikam salah seorang anggota bertugas.

Susulan kejadian pasukan keselamatan dikerah ke lokasi untuk menambah kawalan keselamatan di sekitarnya.

Sekurang-kurangnya 9 insiden pembunuhan membabitkan penduduk Palestin termasuk remaja dilaporkan sejak Selasa lalu.

Kebanyakan mangsa menjadi sasaran dalam rusuhan atau serbuan tentera dan polis Israel.

Kekejaman rejim Zionis dilihat semakin menjadi-jadi tahun ini dengan peningkatan angka korban penduduk Palestin mencecah lebih 200 orang.

Loading...
Terkini