comscore
Tumpuan :
Luar Negara

TikTok & Snapchat berikrar menentang imej penderaan seks kanak-kanak AI

Foto hiasan

LONDON: TikTok, Snapchat dan Stability AI menandatangani kenyataan bersama, berikrar untuk menentang imej penderaan seks kanak-kanak yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).

Dalam satu kenyataan bersama, Britain mengumumkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS), Jerman dan Australia antara 27 pihak yang tampil untuk berkerjasama.

“Kami berazam untuk mengekalkan dialog dan inovasi teknikal dalam menangani penderaan seksual kanak-kanak pada zaman AI.

“Kami berazam untuk bekerjasama bagi memastikan kami menggunakan AI yang bertanggungjawab untuk menangani ancaman penderaan seksual kanak-kanak dan komited untuk terus bekerja secara kolaboratif bagi memastikan risiko yang ditimbulkan oleh AI menangani penderaan seksual kanak-kanak,” kata kenyataan itu.

Britain memetik data daripada Internet Watch Foundation menunjukkan, satu forum web gelap berkongsi hampir 3,000 imej AI yang menjana bahan penderaan seksual kanak-kanak.

“Adalah penting sekarang kami menunjukkan contoh dan menghapuskan penyalahgunaan teknologi baru muncul ini sebelum ia mempunyai peluang untuk bercambah sepenuhnya,” kata Ketua Eksekutif IWF, Susie Hargreaves. – REUTERS

Loading...
Terkini