comscore
Tumpuan :
Nasional

Geng motor gaduh di restoran disambung reman  

AMPANG: Tempoh reman terhadap lapan lelaki disyaki daripada dua geng motosikal yang mencetuskan pergaduhan di restoran di Pandan Indah, di sini, disambung hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 19 hingga 33 tahun itu direman tiga hari lagi.

“Reman disambung tiga hari sehingga Selasa ini,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Artikel berkaitan: Pergaduhan geng motosikal: 8 lelaki direman 4 hari

Terdahulu, ke semua suspek yang ditahan polis pada Rabu lalu, kerana disyaki terbabit pergaduhan direman empat hari bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam Selasa lalu, dua geng motosikal dikatakan mengadakan pertemuan di restoran berkenaan selepas tidak puas hati disindir di laman sosial TikTok.

Ketika pertemuan itu berlaku perselisihan sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan menggunakan topi keledar dan kerusi.

Polis yang menerima laporan ke lokasi dan tangkapan dijalankan bermula 11 malam hingga 3.10 pagi selain turut merampas topi keledar serta kerusi yang digunakan semasa kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun.

Video kejadian turut tular di media sosial.

Loading...
Terkini