comscore
Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] Tragedi letupan gudang mercun, kerajaan Thailand bayar pampasan kepada waris mangsa

Oleh Tuan Daniya Meringing

SUNGAI GOLOK: Kerajaan Thailand akan membayar pampasan kepada ahli keluarga yang maut dan kehilangan harta benda dalam tragedi letupan gudang simpanan mercun dan bunga api di Sungai Golok, Narathiwat semalam.

Gabenor Wilayah Narathiwat, Sanan Pongaksorn berkata anggaran kerugian dijangka melebihi 100 juta baht atau hampir RM14 juta.

Justeru, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha gudang mercun terbabit.

Lebih 1,000 sukarelawan dan pegawai tempatan terbabit dalam kerja-kerja pemulihan tempat kejadian yang musnah teruk.

Tinjauan turut mendapati rata–rata kediaman dan kedai rosak teruk serta ada yang ranap.

Terdapat juga serpihan besi gudang melayang sejauh satu kilomiter selain serpihan anggota badan manusia.

Pihak berkuasa sedang menghubungi pemilik gudang mercun yang dilaporkan kini sedang bercuti di Malaysia untuk memberi butiran lanjutan.

Letupan semalam meragut 10 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.

Sepuluh orang cedera yang masih dirawat di Hospital Sungai Golok termasuk seorang perempuan warga Indonesia.

Insiden kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan itu berlaku di destinasi beli-belah popular bagi rakyat Malaysia di Sungai Golok.

Bagaimanapun Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat.

Loading...
Terkini