comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet

HANOI: Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu.

Menurut media Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam, lelaki berusia 29 tahun itu dijangkiti cacar monyet dan HIV/AIDS.

Pesakit berkenaan dimasukkan ke Hospital of Tropical Diseases di Ho Chi Minh City pada 2 Okt dan meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama 18 hari.

Ho Chi Minh City mencatatkan 20 kes cacar monyet sejak awal tahun ini.

Daripada jumlah itu, seramai 18 pesakit iaitu 17 lelaki dan seorang wanita, didapati positif HIV.

Loading...
Terkini