comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 5 kes baharu cacar monyet – KKM

 

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan setakat ini kepada sembilan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, semua kes yang baharu tiada hubung kait dengan kes sebelum ini.

Mereka yang dijangkiti sedang menjalani isolasi di hospital dan disahkan stabil.

Foto hiasan

Tambahnya, semua individu yang dijangkiti menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

Manakala, semua kontak bagi kes yang disahkan telah dikenal pasti dan status kesihatan mereka  sedang dipantau.

”Kes kelima positif jangkitan cacar monyet disahkan pada 10 november lalu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang terbabit dalam aktiviti berisiko.

”Kes keenam, seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun yang menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 7 november dan disahkan pada 12 november lalu,” katanya.

Kes ketujuh pula kontak rapat kepada kes keenam, yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun.

Menurut beliau lagi, kes kelapan membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun yang mempunyai sejarah penglibatan dalam aktiviti berisiko.

Kes kesembilan pula seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini