comscore
Tumpuan :
Mahkamah

2 anggota polis disyaki peras ugut di reman 3 hari

JOHOR BAHRU: Mahkamah Johor Bahru mengeluarkan perintah reman tiga hari terhadap dua anggota polis yang disyaki melakukan peras ugut terhadap seorang lelaki di bangunan Sultan Iskandar (BSI), 2 April lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret R.Salini selepas menerima permohonan daripada polis.

Anggota polis berumur 32 dan 33 tahun itu yang bertugas di bangunan BSI ditahan tengahari semalam bagi membantu siasatan dibawah seksyen 385 kanun keseksaan.

Ia susulan satu laporan polis dibuat mangsa yang berumur 29 tahun mendakwa diperas ugut oleh dua suspek yang meminta sejumlah wang berjumlah RM2,000 bagi mengelak dikenakan tindakan kerana mempunyai rekod jenayah lampau.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini