comscore
Tumpuan :
Mahkamah

6 lelaki termasuk seorang remaja merusuh, mengaku bersalah

Enam lelaki, termasuk seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan rusuhan pada 27 November lalu

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Enam lelaki, termasuk seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan rusuhan pada 27 November lalu.

Kesemua enam tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah hotel di Jalan Padang Temusu seki, sehingga mengakibatkan kecederaan terhadap tertuduh pertama Muhammad Shahrizal Ngazawan.

Lima lagi tertuduh ialah Mohd Nawawi Azmi, Muhammad Sufyan Johan Panggi, Mohamad Muhamin Mahmud, Zulkupli Mohamed dan seorang tertuduh bawah umur.

Majistret Noor Fazlina Musa menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes untuk mendengar fakta kes, dan hukuman.

Majistret turut membenarkan kesemua tertuduh dewasa diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, manakala tertuduh remaja dibenarkan jaminan RM1,500.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Preeyaa Singaravelu manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farah Adnin.

Pendakwaan dilakukan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Loading...
Terkini